Monday, January 28, 2013

its begin..

Posted by sarihah sauly at 12:15 AM 0 comments
olla..

lama sangat-sangat cik sari meghilangkan diri... hehehe.. tapi cik sari masih rajin menyinggah blog nie. walaupun cik sari tak update blog nie, cik sari still memantau blog nie.. *ayat tak leh blah.. ihik.. :P
now, cik sari da ada masa yang banyak untuk update blog nie dengan kisah suka duka hidup cik sari *adess.. ayat skema lagi.. almaklum la.. rutin harian asyik membaca novel.. so, terkena jugak la tempias tatabahasa melayu cik sari nie.. hehehe.. :P

inshaAllah.. 4 Februari 2013 nie cik sari akan mulakan my intership kat TNB  K.Terengganu. Bergetaq jugak hati eden nie nak pi praktikal tempat oghang.. *bercampur baur dialek cik sari.. maklum la.. kita kan 1 melayu.. hehehe.. :P  Dengan semangat juang yang tinggi cik sari, cik sari berazam nak kerja rajin-rajin.. manalah tahu, nanti bos kat sana terjatuh hati kat sari.. eh3.. sabaq2.. maksud cik sari, terjatuh hati ngan cara kerja cik sari la, so, cik sari ada peluang la nak kerja kat sana terus lepas grad kan. lagi la cik sari suka.. almaklum la.. cik sari nak mengumpul dana nie.. nak kawin.. ihik.. malu cik sari.. (sambil tutup muka ngan towel.. ) :P *incik M sila terharu ok.. :).. 

mungkin setakat nie dulu untuk laporan kali nie dari minah gojes, cik sari.. *ihik.. terover plak mak.. :P
semoga ketemu la ya cik blog.. inshAllah, its begin now.. i will update my blog everyday from now.. :) jazakallah khair... :)


with full of loves...
x.o.x.o


have fun in your life..  :)




Wednesday, September 26, 2012

monolog dari seorang sahabat

Posted by sarihah sauly at 9:08 AM 1 comments
assalamualaikum.. :)

dimulakan dengan bismillah.. 

dah lama cik sari tak update blog nie. sekarang cik sari luangkan sedikit masa dan waktu cik sari untuk menaip sepatah dua kata.. *erk.. sepatah dua kata la sangat.. sebenarnya seperenggan dua.. kui..kui.. :P kali nie cik sari nak bagi semangat kat seorang sahabat yang sari sayang.. dengan harapan dia tahu sari salah seorang insan yang akan support dia whatever he do.. wherever he go.. *ehem.. da terbukti cik sari seorang sahabat yang baik kan.. blushing.. :"P




cik sari kenali kamu dengan satu anggapan di hati, kamu seorang yang susah nak didekati.. lepas beberapa jangka masa, baru cik sari dapat kenali kamu sebagai seorang sahabat. cik sari rasa kamu seorang sahabat yang baik.. cik sari masih ingat, kamu hadir ketika cik sari dalam kesedihan. kamu memberi cik sari kata-kata semangat. cik sari sangat-sangat terharu.. * sambil mengelap airmata.. uhuk.. :'(
dari situ kita jadi rapat sebagai seorang sahabat. kamu ada ketika cik sari ada masalah dan menjadi seorang pendengar yang setia.. dan cik sari akan jadi pendengar masalah kamu juga. walaupun cik sari tak dapat nak tolong kamu, tapi cik sari happy untuk menjadi seorang pendengar sebab bagi cik sari, kamu berikan kepercayaan kepada cik sari untuk mendengar masalah kamu. *aik.. ayat sama jer cik sari taip.. hik3.. :P 

sekarang diwajah kamu selalu ada kesedihan. cik sari tak suka melihat wajah itu tanpa senyuman. jika cik sari diberikan satu kuasa, cik sari nak ukirkan satu senyuman di wajah itu. cik sari tak mahu kamu dilanda kesedihan. cik sari pun akan rasa kesedihan tu. :(

kamu selalu cakap kamu seorang yang jahat. tidak layak untuk berkawan dengan sesiapa pun. adakah kamu tahu, cik sari nak marah bila dengar kamu cakap macam tu. bukan apa, bagi cik sari jahat or baik seseorang itu, hanya Allah yang tahu. termasuk la dosa pahala. bagi cik sari, kamu seorang sahabat yang baik. disebalik sikap kamu yang panas baran, cold, ada sebuah hati yang baik. hanya insan bertuah macam cik sari yang dapat melihat kebaikan itu. *kmoo baik sangat.. :)

kamu.. sekarang kamu ada masalah dengan cinta hati kamu. cik sari tahu kamu sedih. kamu serabut. but don't worry.. cik sari selalu doakan hubungan kamu akan kembali pulih. cinta hati kamu akan tahu betapa ikhlas dan sayangnya kamu pada dia. betapa beruntungnya dia memiliki kamu. :)

setakat ini dulu monolog ikhlas dari hati cik sari, sahabat kamu...

with lots of love...
jazakallah khair.. <3<3





p/s: Allah beri peluang untuk kita kukuhkan hati untuk mencari teman sejati.. :)


Monday, September 3, 2012

today is your day

Posted by sarihah sauly at 11:44 AM 1 comments
bissmillahirrahmanirrahim...

today is ur special day... (4 sept )
and may Allah will bless u owez...
wherever u go...
have a good day.. :)
happy besday young man.. ^____^





sincerely,
me.. :)

with lots of love.. bye2..
jazakallah khair.. :)




Monday, July 30, 2012

Islam itu indah

Posted by sarihah sauly at 5:54 AM 0 comments
bismillahirrahmanirrahim...

sempena bulan ramadhan yang mulia ini, cik sari nak kongsi sedikit ilmu akhirat yang mungkin kita sering kali alpa dalam meniti kehidupan ini *chewahh.. ayat berdakwah sikit.. :)


cik sari terbaca artikel ini dengan ucapan subhanallah.. betapa terharunya dengan kebesaran Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap hamba-hambanya terutamanya kita, umat terakhir, umat Nabi Muhammad SAW. Allahuakhbar!!.  sama-sama kita renungkan agar dapat perbaiki iman dalam diri kita nanti.. :)



6 perkara Allah sembunyikan :

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:


'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempuny-ai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'


Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'


Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:


'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? 'Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.




p/s : moga cik sari dan kawan-kawan memperbanyakkan ibadah lebih-lebih lagi di bulan mulia ini. selamat beramal sahabat ! (:

*artikel di atas dicopy paste dari insan yang soleh.. :)

jazakallah khair.. :)


Tuesday, July 24, 2012

Posted by sarihah sauly at 9:23 AM 0 comments
bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah.. syukur kerana Allah masih beri peluang kat cik sari untuk menyambut bulan penuh rahmat, Ramadhan alMubarak kali nie. Rasanya belum terlambat untuk cik sari ucapkan selamat berpuasa untuk semua umat islam di seluruh pelusuk dunia. moga ibadah-ibadah yang kita lakukan untuk kali ini lebih dirahmati oleh Allah SWT. amin ya rabbal alamin...



rutin harian dibulan puasa cik sari nie still tak berubah dari ramadhan-ramadhan yang lepas. cik sari masih sibuk tolong my mom siapkan tempahan biskut raya. tapi kali nie cik sari terpaksa ulang-alik every weekend dari dungun ke kuala terengganu sebab sem nie cik sari wat short course untuk subjek managerial economic.
yer.. memang penat.. tapi, lepas raya boleh shopping sakan dengan duit yang cik sari dapat kan.. *agak-agak kat mane plak family cik sari nak bercuti.. hehehe.. =____='

oklah..setakat nie dulu cik sari mampu menaip.. lenguh plak jari-jemari cik sari.. hehehe.. *macam la banyak sangat die taip..kuikuikui... :P 

selamat beribadat semua.. :)
jazakallah khair~~


Saturday, June 23, 2012

final exam mood

Posted by sarihah sauly at 12:35 AM 0 comments


annyong *feeling study kt obersis.. :P

hye semua * bajet ramai yang bce blog..hik3..

lagi 4 hari cik sari akan memasuki medan peperiksaan *grrr.. macam nak gi berperang plak ko nie jahh.. =__+.. sebenarnya sekarang pun mood cik sari tak menentu. terkadang happy. terkadang sedih mengenang rumah yang da lama cik sari tak balik.. tak dapat nak amik restu dari ma ngan abah.. *rindu hati ini inginku kembali..pada ayah bonda dan saudara.. erk..asal tetiba feeling lagu raya plak nie.. adess.. :P
ok.. maap..maap.. maybe cik sari nie tak sabar nk bukak red carpet untuk mengalu-alu kan kedatangan bulan ramadhan dan syawal.. :)

so, kembali kepada tajuk pada hari ini *eh.. da macam cikgu la plak.. :) dekat-dekat nak exam ni la macam-macam halangan yang menimpa. *ayat da macam sasterawati negara. tak sia-sia dapat bahasa melayu dapat A time SPM dulu. mesti cikgu bangga dengan cik sari.. erkk ter eksyen plak.. :P . emosi cik sari pun tak stabil. kadang-kadang cik sari tension. tak dapat nak catch up. sem ni subjek cik sari agak berat. gap untuk setiap paper pun amat menyedihkan. sekarang yang cik sari mampu berharap adalah doa dari ma dan abah cik sari, lecturer-lecturer cik sari, doa dari shabat-sahabat dan doa dari muslimin dan muslimah. pendek kata doa dari semua la.. *yer, cik sari tahu cik sari tamak.. tapi please..cik sari harapkan doa-doa tu mengiringi langkah cik sari nak pergi exam nanti.. please.. (sambil wat muka cute mengharap simpati..hik3.. )


setakat nie jela yang mampu cik sari taip untuk entry kali nie. nanti cik sari cari idea lagi. kepala otak cik sari nie pun da tak ade pape idea. walaupun cik sari terjun bangunan 18 tingkat pun, memang takkan muncul idea tu *iye iye jer nak terjun bangunan.. nak naik sampai tingkat atas pun belum tentu.. ihik (gelak gedik.. :p ). 


so, harapan untuk kali ni, cik sari harap semua kawan-kawan cik sari berjaya. dan cik sari pun turut berjaya.. yeayy!!

selamat menduduki peperiksaan ya sodiqati *feeling arab skit.. :P


p/s: if you start preparing now itself
you won't require such chips
you will be showered with good luck.. :P


with lots of love~~~
bye2.. :)

Sunday, June 17, 2012

Malam gala fakulti perniagaan

Posted by sarihah sauly at 6:12 PM 0 comments
morning.. ehemm..
cik sari rajin plak nak update blog pagi2 nie..
bukan ape.. perasaan kuciwa sebab kelas cancel pagi nie masih belom hilang *sebenarnya bukan sebab kelas cancel, tapi sebab da pergi kampus baru tahu kelas da cancel.. arghhhhhhh... rase nak makan jer semua orang yang ada kat situ.

disebabkan cik sari ni seorang yang penyabar,*dak gedik mula terlebih perasaan.hehehe.... cik sari pun malas nak fikir banyak.so, cik sari pun amik keputusan nak update blog nie. so, update kali nie cik sari nak msukkan gambar-gambar dinner untuk relate kan dengan tajuk post nie.. hehehe... one pic have 1001 words. so, tak perlu la cik sari nak cakap banyak-banyak kan. ihik.. :P *cakap jela kau malas menaip sari oii..hehehe.. :P

so, jom kita cekidaut.. :P











p/s: pic tak banyak sebab tak sempat nak amik. cik sari sibuk melayan vip malam tu. maklum la. group cik sari yang organize event nie. :)

till then, with lots of love.. bye3.. :)



 

The Laugh and Cry of Me Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review