Wednesday, June 8, 2011

Dengarlah duhai wanita.....

Posted by sarihah sauly at 1:44 PM 0 comments
assalamualaikum... 


da lame sangat sari tak update pape dalam blog sari.. actually sari sekarang tengah sibuk baca entry dari the famous amos blogger jer.. terlalu khusyuk smpai tak ter update blog sendiri...
tajuk entry kali nie untuk mmberi kesimpulan tentang masalah sosial remaja yang sangat hangat diperkatakan  sekarang..
adess... naik sedih eden bila dengar macam-macam berita tentang kematian bayi, buang bayi, bayi dalam tong sampah... ya Allah.. akhirnya begini lah umat Nabi Muhammad di akhir zaman.




gurls.. sebelum korang buang anak, korang fikir la apa yang korang akan hadapi pada hari esok.. fikirlah disaat kamu merenung sayu pada wajah makhluk tuhan yang baru ingin mengenali dunia ciptaan Allah S.W.T..
sanggupkah korang menanggung beban bersalah di bahu korang disepanjang perjalanan hidup korang. ya, kamu mesti berkata Nabi pun ampunkan umatnya dan tuhan akan mengampunkan dosa hambaNya apabila hambaNya bertaubat. tapi kamu perlu ingat, dosa sesama manusia sukar untuk dilupuskan andai tidak dimaafkan oleh manusia yang teraniaya itu sendiri. apakah jawapan yang akan kamu berikan apabila satu saat nanti kedengaran suara dari anak kecil bertanyakan, kenapa lakukan mereka sekejam itu...



lelaki itu tidak mencintai kamu...
sari nak tegaskan disini.. bila teman lelaki kamu atau tunang kamu inginkan sesuatu yang melebihi batas hak seorang lelaki muslim yang belum ada apa-apa ikatan yang sah seperti berzina, 'ringan-ringan' atau yang seumpamanya, dengan kata-kata "i nak tahu u masih suci atau tak sebelum kita kawin syg" or "u jgn tkut, kan kita dah tunang, so bila-bila masa saja kita akan kawin, tak salah kita tidur sama dulu kan" ayat begitu lazimnya bagi pasangan yang dah bertunang. tapi bagi yang sedang hangat-hangat tahi ayam bercinta," kalau u syg i, i nk u buktikan kat i.. jom tido sama.." (ayat lbih kurang macam tula..). bila kamu dengar ayat begitu keluar dari mulut pasangan kamu, percayalah dear, dia tidak mencintai kamu. tiada secebis keikhlasan pun dalam hati sang lelaki itu. jika dia benar-benar hormati kamu, dia takkan menyentuh kamu sehingga tiba waktunya nanti


come on gurls, jangan terlalu enak dibuai kata-kata manis seorang lelaki yang tidak menghormatimu. carilah insan yang benar-benar mencintaimu bukan kerana nafsu tetapi kerana cintanya kepada Allah dan rindunya kepada Nabi Muhammad. kerna itulah cinta sejati dan dialah pemilik hatimu itu. carilah cinta yang sebenar yang sentiasa diredhai Allah.

p/s: sekarang orang islam sendiri yang memperlekehkan hukum hakam islam. benarlah yang dikatakan pendakwah, dunia semakin terbalik ketika dunia makin merapati hari akhiratnya. mereka -mereka itu masih berbangga walaupun melakukan dosa yang sudah terang lagi bersuluh kesalahannya itu. peace.. =)
 

The Laugh and Cry of Me Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review