Wednesday, September 26, 2012

monolog dari seorang sahabat

Posted by sarihah sauly at 9:08 AM
assalamualaikum.. :)

dimulakan dengan bismillah.. 

dah lama cik sari tak update blog nie. sekarang cik sari luangkan sedikit masa dan waktu cik sari untuk menaip sepatah dua kata.. *erk.. sepatah dua kata la sangat.. sebenarnya seperenggan dua.. kui..kui.. :P kali nie cik sari nak bagi semangat kat seorang sahabat yang sari sayang.. dengan harapan dia tahu sari salah seorang insan yang akan support dia whatever he do.. wherever he go.. *ehem.. da terbukti cik sari seorang sahabat yang baik kan.. blushing.. :"P




cik sari kenali kamu dengan satu anggapan di hati, kamu seorang yang susah nak didekati.. lepas beberapa jangka masa, baru cik sari dapat kenali kamu sebagai seorang sahabat. cik sari rasa kamu seorang sahabat yang baik.. cik sari masih ingat, kamu hadir ketika cik sari dalam kesedihan. kamu memberi cik sari kata-kata semangat. cik sari sangat-sangat terharu.. * sambil mengelap airmata.. uhuk.. :'(
dari situ kita jadi rapat sebagai seorang sahabat. kamu ada ketika cik sari ada masalah dan menjadi seorang pendengar yang setia.. dan cik sari akan jadi pendengar masalah kamu juga. walaupun cik sari tak dapat nak tolong kamu, tapi cik sari happy untuk menjadi seorang pendengar sebab bagi cik sari, kamu berikan kepercayaan kepada cik sari untuk mendengar masalah kamu. *aik.. ayat sama jer cik sari taip.. hik3.. :P 

sekarang diwajah kamu selalu ada kesedihan. cik sari tak suka melihat wajah itu tanpa senyuman. jika cik sari diberikan satu kuasa, cik sari nak ukirkan satu senyuman di wajah itu. cik sari tak mahu kamu dilanda kesedihan. cik sari pun akan rasa kesedihan tu. :(

kamu selalu cakap kamu seorang yang jahat. tidak layak untuk berkawan dengan sesiapa pun. adakah kamu tahu, cik sari nak marah bila dengar kamu cakap macam tu. bukan apa, bagi cik sari jahat or baik seseorang itu, hanya Allah yang tahu. termasuk la dosa pahala. bagi cik sari, kamu seorang sahabat yang baik. disebalik sikap kamu yang panas baran, cold, ada sebuah hati yang baik. hanya insan bertuah macam cik sari yang dapat melihat kebaikan itu. *kmoo baik sangat.. :)

kamu.. sekarang kamu ada masalah dengan cinta hati kamu. cik sari tahu kamu sedih. kamu serabut. but don't worry.. cik sari selalu doakan hubungan kamu akan kembali pulih. cinta hati kamu akan tahu betapa ikhlas dan sayangnya kamu pada dia. betapa beruntungnya dia memiliki kamu. :)

setakat ini dulu monolog ikhlas dari hati cik sari, sahabat kamu...

with lots of love...
jazakallah khair.. <3<3





p/s: Allah beri peluang untuk kita kukuhkan hati untuk mencari teman sejati.. :)


1 comments:

Mior Asraf said...

siapala lelaki bertuah ni kan..:(

Post a Comment

 

The Laugh and Cry of Me Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review