Sunday, April 8, 2012

hikmah yang tercipta..

Posted by sarihah sauly at 9:48 AM

assalamualaikum.. *sambil trik nafas yang panjang

walaupun cik sari update blog sebulan skali, cik sari sebenarnya slalu bukak blog. bukan ape, cik sari nak menulis.. tapi kata-kata tersekat sampai kerongkong jer.. tak mengalir menuju ke jari untuk menaip nie.
sem nie sem yang paling sibuk untuk cik sari sebab cik sari telah bertukar menjadi orang yang terlebih berkuasa. *berkuasa la sangat.sampai semau benda berterabur.. uhuk.. pity of me.. =__='

alhamdulillah... sem nie cik sari kembali aktif bersosial. no..no..no.. bukan ke arah sosial yang buruk. maksud cik sari, mengumpul sahabat dan teman-teman. cik sari dari awal sem nie cik sari ade masalah untuk mendaftar subjek sebab jadual cik sari yang clash. cik sari terpaksa tukarkan class cik sari dari class B ke class A. mula-mula, cik sari rasa tak best sebab cik sari tak kenal dak-dak kelas baru nie. cik sari pun segan. nak gi klas pun macam takde mood. sebab cik sari rasa macam tak ngam dengan dak- dak kelas baru nie. tapi alhamdulillah.. selepas hampir sebulan berada dalam kelas baru nie, cik sari makin selesa dengan kawan-kawan baru nie. diorang semua baik-baik sebenarnya. dari situ cik sari dah boleh blajar tentang sesuatu perkara. iaitu, don't judge the book by its cover. so, tak kenal maka tak cinta. lepas cik sari da kenal semua, cik sari da boleh go on ngan diorang. hari-hari cik sari pun happy dengan pelbagai ragam. 

dalam kelas baru nie jugak, cik sari suka memerhati ragam diorang. maklum la.. da lame cik sari tak sekelas dengan dak-dak luar dari pantai timur. cara pergaulan dan persahabatan diorang lain. banyak juga perbezaan yang cik sari nampak. diorang bergaul macam adik beradik. sangat sweet. diorang sangat happening. setiap orang ade ragam masing-masing. kat kelas nie jugak ada seorang student dari labuan. cara percakapan die pun dah lain. comel jer bila dengar die bercakap. sgt tajam sebutannya. budak-budak lelaki pun memang sangat nakal dan selalu nak mengena orang. *menulis sambil gelak2 teringat gelagat diaorang.. :)

setakat nie, semua berjalan dengan lancar. cik sari pun masih boleh tersenyum melihat gelagat kawan-kawan cik sari walaupun masalah masih memberat di bahu dan kepala. tapi, takpe, orang cakap, bila kita mampu tersenyum disaat kita dilanda masalah, itu bermakna kita redha dengan ujian yang diberikan oleh Allah. alhamdulillah.. cik sari masih berusaha untuk menjadi hamba yang terbaik kepada pencipta yang satu, Allah.

so, sebenarnya, ada hikmah yang tersimpan yang menjadi rahsia Allah pada setiap masalah yng timbul dalam keadaan kita sedar atau tidak. harap-harap cik sari takkan lupa untuk bersyukur atas setiap nikmat dan hikmah yang Allah berikan selepas cik sari menghadapi satu kesukaran.

p/s: khas untuk sahabat-sahabat, tak kisah la yang baru kenal dan yang dah lama kenal. thanks to being my friends. thanks juga sudi ceriakan hari-hari cik sari. love all of u.. <3<3 *sambil mengelap airmata dengan bantal bucuk.. sob..sob.. T__T (mood: terharu sangat2.. )



0 comments:

Post a Comment

 

The Laugh and Cry of Me Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review