Saturday, February 4, 2012

inshaAllah, ada jalannya. don't give up!

Posted by sarihah sauly at 2:31 AM
assalamualaikum wbt *bce biar pnuh okeh..
tersangat lama x update blog kesayangan hamba ni. banyak sangat habuk dan sarang labah-labah kat dalam nie *amboi.. tnggi benor imaginasi cik sari nie..=__=' . takpe takpe nanti cik sari vacuum okeh. tak nak la nanti takde orang yang sudi nak masuk laman cik sari nie.. hehehe.. sekarang baru je masuk bulan kedua untuk tahun 2012. dan seperti biasa cik sari pun ada azam yang menggunung untuk dicapai tahun baru nie. inshaAllah, moga Allah permudahkan segalanya untuk cik sari.

tajuk kali nie bukan bermakna cik sari dah bertukar status jadi ustazah tak bertauliah. tapi cuma mahu memotivasikan diri cik sari yang kadang kala ada perasaan nak putus asa. cik sari nie tak pernah lari dari masalah kehidupan. now cik sari akan masuk umur 22 thun untuk tahun baru nie. tak sedar pulak cik sari da nak menginjak dewasa. ehem.. dewasa okeh. dan cik sari dah teruskan belajar dalam sarjana muda pengurusan operasi and dalam omputihnye degree in operation management.

sepanjang cik sari belajar nie memang sangat-sangat mencabar sebab segalanya baru bagi cik sari sebab course yang cik sari ambil nie xde kawan dari diploma dulu. kire macam takde geng la.. *sigh mula-mula memang rasa alone sebab cik sari tak kenal ngan kawan2 lain. tapi tak lama lepas tu i got new friends!! ok, x riak ok! hehehe... cik sari happy sebab Allah permudahkan urusan cik sari pada hari prtama kelas lagi.

sepanjang cik sari belajar, banyak sangat yang melanda dalam hidup cik sari. tentang assignment yang melambak, tentang proposal projek, umah sewa lagi, ragam housemate lagi..*fuhhh.. penat (sambil sapu peluh didahi)
tak sah kalau cik sari tak menangis kalau mengadu kat tuhan. kadang-kadang boleh teresak-esak.. *ehem,ok blushing. cik sari nie buruk perangai.*i'm admit it. bila dah nangis baru lega. hehehe...

one day, cik sari pergi library sorang2 sebab cik sari nak study untuk test qmt. pastu, cik sari saje try survey buku motivasi. cik sari terbaca buku jangan bersedih. teringat pula zaman skool cik sari. x pernah habis baca buku nie. maklum la.. tebal tak hingat.. hehehe.dari buku tu, cik sari rasa insaf sikit. lepas dari situ cik sari ada azam nak mulakan hdup baru. alaa.. macam pegi beli buku bru kat kedai cik minah kat umah sewa tu. then cik sari nak mulakan lakaran baru.. hehehe..

cik sari belajar dari mula. macam mana nak jaga hati cik sari. nak jalani hidup and macam mana nak hargai hidup. bila cik sari rasa down and nak give up, cik sari akan ingat kata-kata nie "life may not be the party we hoped for,but while we're here we should dance'. ayat tu bagi cik sari inspiration untuk tempuhi tiap masalah yang ada. so, cik sari tetap gagahkan jua hadapi semuanya dengan tabah.


cik sari percaya dengan segala yang ditakdirkan Allah. cik sari juga percaya tiap masalah pasti ada jalan keluarnya. dan tak lain tak bukan dari Allah yang Maha Mengetahui. moga setiap saat ketabahan cik sari dirahmati Allah... :)





p/s : lgu don't give up by bruno mars is awesome... :)

0 comments:

Post a Comment

 

The Laugh and Cry of Me Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review